SETIAP DETIK BERHARGA
MediCOM Malaysia, sebuah NGO amal kebajikan dan perubatan melangkah ke dunia kemanusiaan. Menjadi antara NGO yang terawal menghantar bantuan kemanusiaan ke bencana banjir besar Pulau Pinang pada November 2017. Cetusan penubuhan yang didaftarkan bawah Akta Pertubuhan 1966 ini membawa lembaran baru kepada rakyat Malaysia dan dunia seluruhnya yang memerlukan bantuan.
KHIDMAT & AKTIVITI
Sumbangan anda, kami sampaikan.
PROJEK AKTIF
Kami menjalankan projek kebajikan di dalam dan di luar negara
JURNAL & CATATAN
PROGRAM KEBAJIKAN SUNATHON PERCUMA SANDAKAN
Seramai 112 kanak-kanak berjaya dikhatankan yang majoritinya ialah stateless, iaitu penduduk yang tiada kerakyatan mana-mana negara ialah kategori yang miskin tegar. Tempat tinggal mereka juga sangatlah daif iaitu di tempat pembuangan sampah.
Bantuan Bencana Kebakaran Saudara Kang Mashadi
Saudara Kang Mashadi ditimpa musibah dimana rumahnya terbakar dan ranap musnah semuanya. MediCOM mengambil inisiatif untuk membuat kutipan derma kilat bagi meringankan beban beliau dalam bencana ini.
Misi Kebajikan & Perubatan Kg. Ulu Entabai, Julau, Sarawak
MediCOM Malaysia sekali lagi telah berjaya menganjurkan sebuah aktiviti kebajikan dan perubatan di pedalaman Sarawak.
Program Pusat Komuniti Kg Bahagia, Kuala Krai
Team Medic MediCOM meneruskan lagi Program Pemeriksaan Kesihatan bulanan MediCOM di Pusat Komuniti MediCOM, Kg Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.
BINA PERUBAHAN
Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.