Project Description

Menigkatkan kualiti kesihatan

MediCOM mengambil inisiatif untuk membuka sebuah klinik wakaf di Kg. Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Klinik yang dibuka pada 23 Oktober 2017 yang terletak di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul telah disempurnakan oleh Tuan Dzulkifli Hj Ali Basha, Pegawai Pendidikan Daerah Semporna.

Klinik ini dibuka sebulan sekali dapat memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada hampir 4000 penduduk kampung yang terputus dari kemudahan asas kesihatan. Setiap sesi yang dibuka, sekurang-kurangnya seorang Doktor atau Penolong Pegawai Kesihatan dan seorang pembantu akan bertugas. Petugas-petugas ini adalah dari sukarelawan MediCOM yang diamanahkan untuk memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti.

MediCOM juga membuka klinik wakaf kedua di Kg Bahagia, Kuala Krai, Kelantan. Sebuah kampung di pedalaman yang jauh daripada kemudahan kesihatan. Klinik ini memberi perkhidmatan kepada lebih 2000 penduduk di situ.

Kos pengurusan dan ubat-ubatan adalah daripada sumbangan awam dan kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak samada individu atau organisasi untuk menyumbang kepada kami untuk menggerakkan projek klinik wakaf ini. Sukarelawan perubatan juga diperlukan dan jika anda ingin menjadi sukarelawan, sila hubungi pengurus projek klinik wakaf:

SN MUHAMMAD KHAIRI SHAHARUDDIN – muhammadkhairi.shaharuddin@medicom.org.my / +60 13-594 4274

0
Klinik Wakaf
RM0
Setahun
Derma Sekarang

BINA PERUBAHAN

Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.

SUKARELAWAN
DERMA