TERIMA KASIH PENDERMA

Pada 5 Oktober 2019, Saudara Kang Mashadi ditimpa musibah dimana rumahnya terbakar dan ranap musnah semuanya. MediCOM mengambil inisiatif untuk membuat kutipan derma kilat bagi meringankan beban beliau dalam bencana ini.

Sebanyak RM5000 berjaya dikumpul dan diserahkan terus kepada beliau oleh CEO MediCOM, Ustaz Halim Din.

Penyerahan telah dibuat pada 23 Oktober 2019 dan moga sedikit sumbangan orang ramai ini dapat membantu beliau membina semula kemusnahan rumahnya.

Terima kasih kepada penderma yang memberi kepercayaan kepada MediCOM dan teruskan sumbangan anda untuk aktiviti-aktiviti kebajikan di masa akan datang.

BINA PERUBAHAN

Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.

SUKARELAWAN
DERMA