Project Description
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
MediCOM telah membuka sebuah tadika pra sekolah pada 1 Januari 2019 dimana tadika ini memberi pendidikan percuma kepada anak-anak Pulau Mabul, terutamanya kepada Stateless Citizen yang tidak mempunyai dokumen sah untuk bersekolah.
Kini sekolah ini yang bermula dari 4 hingga 6 tahun, mempunyai seramai hampir 100 orang murid dan 4 orang guru. Semua kos termasuk gaji guru, bahan-bahan mengajar dan juga buku teks dan latihan adalah daripada sumbangan orang ramai.
Kami masih membuka sumbangan daripada penderma yang bermurah hati untuk menaja anak-anak ini.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengurus Projek Pendidikan kami iaitu:
Ustaz Ashrul Hisyam Abdul Jalil
Tel: 019-953 8531
Email: ashraul@medicom.org.my
BINA PERUBAHAN
Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.