PUSAT KOMUNITI KG BAHAGIA

5 Oktober 2019

Syukur kepada Allah swt, Team Medic MediCOM meneruskan lagi Program Pemeriksaan Kesihatan bulanan MediCOM di Pusat Komuniti MediCOM, Kg Bahagia, Kuala Krai, Kelantan.

Prgm kali ini melibatkan 12 sukarelawan daripada MediCOM, yang terdiri 5 orang dari Management Team MediCOM, seorang doktor medik, 3 orangdoktor gigi, 2 orang staff jururawat & seorang fotografer,kami menaiki 2 buah fowil merentasi laluan offroad sejauh 20 km dari Kg Keluat.

Alhamdulillah hampir 50 org penduduk Kg Bahagia telah mghadirkn diri seawal jam 10 pagi untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan, ubat-ubatan serta rawatan pergigian dari Team MediCOM.

InsyaaAllah, program bulanan ini akan diteruskan lagi untuk bulan hadapan dan turut akan disertai dengan program sunathon (berkhitan) secara percuma.

Kepada yg ingin menaja khitan kanak-kanak Kg Bahagia, tajaan anda amatlah dialu²kan dengan nilai tajaan hanya RM150 seorang. Boleh hubungi saya di talian 011-10669289 (Reezal) untuk makluman lanjut.

BINA PERUBAHAN

Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.

SUKARELAWAN
DERMA