MISI KEBAJIKAN & PERUBATAN KG. ULU ENTABAI, JULAU, SARAWAK

20 Oktober 2019

MediCOM Malaysia sekali lagi telah berjaya menganjurkan sebuah aktiviti kebajikan dan perubatan di pedalaman Sarawak. Program ini yang disertai kira-kira 30 sukarelawan berkampung selama 3 hari 2 malam di Kg. Ulu Entabai.

Program yang dijalankan sepanjang misi ini adalah perkhidmatan kesihatan, pergigian, khitan, pendidikan dan juga sumbangan kebajikan. Sambutan yang sangat mesra daripada kaum Iban di sini membuatkan kami sukarelawan teruja dan memberi khidmat yang terbaik buat mereka. Menurut Tuai rumah bayu, Saudara Jalang anak Nesau, beliau sangat-sangat gembira dan bersyukur kerana kehadiran MediCOM menceriakan suasana masyarakat disini dengan aktiviti-aktiviti yang baik terutamanya perkhidmatan kesihatan.

Seramai 41 penduduk kampung menerima rawatan kesihatan iaitu seramai 29 orang mendapat rawatan kesihatan, 7 orang rawatan pergigian dan 5 kanak-kanak mendapatkan khidmat khitan percuma.

Seramai 4 orang sukarelawan doktor gigi termasuk seorang pakar dari Hospital USM, seorang doktor perubatan, dua orang jururawat dan seorang penolong pegawai perubatan memberikan khidmat terbaik kepada penduduk kampung ini.

MediCOM juga mengadakan program pendidikan iaitu brushing drill yang diketuai oleh Dr. Nurul Atiqah. Aktiviti permainan kanak-kanak juga dilakukan oleh sukarelawan ini turut memeriahkan misi kali ini.

Kenduri rakyat yang dianjurkan MediCOM turut diadakan bagi meraikan seramai 150 penduduk daripada 3 rumah panjang di sekitar kampung ini. Masakan kari ayam dan kobis goreng dijamu berserta sambal pedas mendapat sambutan dari penduduk sini.

Rata-rata penduduk kampung ini yang sumber pendapatan daripada pertanian lada ini juga mendapat sumbangan daripada penderma-penderma pemurah yang memberi kepercayaan kepada MediCOM, seramai 20 keluarga menerima sumbangan asas berupa beras dan lain-lain. Bantuan pakaian tajaan Malaysia Airport Berhad juga diserahkan kepada penduduk sini.

Justeru itu MediCOM Malaysia ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang mengamanahkan sumbangan mereka serta semua sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. MediCOM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Malaysia Airport Berhad yang diwakili oleh Tuan Hj Zainuddin selaku Pengurus Besar Lapangan Terbang Sibu yang turut serta dalam program ini.

Kami turut merayu kepada penyumbang-penyumbang untuk terus memberi kepercayaan kepada kami dengan menyumbang untuk aktiviti MediCOM pada masa akan datang. Sumbangan boleh disalurkan kepada:

Akaun Maybank: 562478167234 Pertubuhan Amal Kebajikan & Perubatan Malaysia (MediCOM Malaysia)

sumbangan online FPX: https://billplz.com/medicom

Kredit Kad PayPal: medicomalaysia@gmail.com

Terima kasih

BINA PERUBAHAN

Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.

SUKARELAWAN
DERMA