Project Description

Khatan

Antara produk perkhidmatan MediCOM adalah servis khatan atau sunat, dimana MediCOM mempunyai pasukan pakar dalam berkhatan. Antara mudim profesional kami adalah Timbalan Pengerusi kami sendiri, MA Baharuddin Roz, seorang penolong pegawai perubatan yang mempunyai pengalaman melakukan prosedur khatan lebih daripada 500 prosedur.

Setiap tahun, pelbagai organisasi dan masjid menggunakan khidmat kami untuk menjalankan program khatan beramai-ramai dan kami telah menawarkan perkhidmatan ini sejak tahun 2017 lagi.

Kami juga memberi perkhidmatan khatan percuma di program dan misi anjuran kami kepada golongan yang tidak mampu dan mempunyai akses kesihatan yang mencukupi.

MediCOM juga ada menganjurkan latihan khatan bersijil yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia untuk doktor-doktor dan pegawai perubatan yang ingin mendapatkan latihan teknik berkhatan.

Jika berminat untuk menjemput kami dalam program berkhatan atau latihan berkhatan, boleh hubungi Pengurus Sunathon kami iaitu:

SN Ku Atif Ku Aziz
Tel: 0132914569
Email: sunathon[at]medicom.org.my

0
prosedur khatan telah dijalankan
Hubungi kami

BINA PERUBAHAN

Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.

SUKARELAWAN
DERMA