PROGRAM KEBAJIKAN SUNATHON PERCUMA SANDAKAN

KG AIR BANDAR LITAT & KG. SAMPAH

10 November 2019

Alhamdulillah, MediCOM memulakan program tahunannya iaitu Sunathon perdana di Sandakan, Sabah. Dua tempat yang dianjurkan program ini ialah Kg. Air Bandar Litat dan Kg. Sampah.

Seramai 112 kanak-kanak berjaya dikhatankan yang majoritinya ialah stateless, iaitu penduduk yang tiada kerakyatan mana-mana negara ialah kategori yang miskin tegar. Tempat tinggal mereka juga sangatlah daif iaitu di tempat pembuangan sampah.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang memberi tajaan khitan kepada anak-anak ini yang sangat-sangat memerlukan bantuan daripada orang lain. Teruskan menyumbang kepada kami untuk program-program pada masa akan datang. Sumbangan boleh disalurkan ke:

BINA PERUBAHAN

Selagi kemiskinan, kekurangan & tiada kemudahan asas, pasti ada antara kita yang akan terasa. Tanpa pengorbanan anda, hidup mereka mungkin tidak berubah, hubungi kami untuk lakukan perubahan.

SUKARELAWAN
DERMA